Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429

Askum wbt dan salam sejahtera,

Diam tak diam kita telah berada di bulan Zulhijjah, rasanya baru sahaja kita raikan Aidilfitri dah 10 Zulhijjah 1429 memunculkan diri tidak berapa lama lagi.

Marilah kita hayati erti raya korban tahun ini dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri, tidak rugi rasanya jika kita berbuat begitu. Malah mungkin ada kebaikannya setelah kita menghayati, dan ianya terserah kepada diri kita sendiri.

Apa-apa pun, pihak Kelab AMB ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada semua warga AMB dan pelawat blog AMB ini amnya.

Sekian, jumpa lagi.

Wassalam.

Wednesday, November 26, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Family Day - Kuala Gandah











Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Sila amati keceriaan dan kegembiraan antara makhluk-makhluk Tuhan setelah semuanya berkumpul, seronok bukan....??

Ketika dalam perjalanan ke Kuala Gandah sila pastikan beberapa 'signboard' seperti di gambar ditemui, jika tidak mungkin anda telah menjauhkan diri dari destinasi sebenar yang mengakibatkan semua AJK terpaksa menyeru anda (teringat cerita Kekasihku Seru gitu...)

Sekian, wassalam.

Monday, October 27, 2008

Hari Keluarga AMB 2008

Askum wbt dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Hari Keluarga Warga AMB 2008 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 01 November, 2008 (Sabtu) hingga 02 November, 2008 (Ahad)

Tempat : Seri Pengantin Resorts
Janda Baik, Pahang Darul Makmur

Segala info berhubung Hari Keluarga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, wassalam.

Rumah Terbuka Aidilfitri AMB 2008